Tuesday, January 11, 2011

Prinsip Akaun

Prinsip Akaun

Prinsip Akaun
Kursus ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk memberi pendidikan perdagangan dan keusahawanan supaya pelajar mengetahui, memahami dan dapat mengaplikasi prinsip-prinsip dan amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan. Ianya meliputi segala aspek dari segi bidang perakaunan dan pengajian keusahawanan yang memberi pendedahan kepada pelajar mengenai situasi sebenar dalam menjalankan sesuatu perniagaan samada secara bekerja makan gaji atau membuka perniagaan sendiri.
Objektif
  1. Menghuraikan konsep dan kitaran perakaunan yang diamalkan dalam organisasi perniagaan dan bukan perniagaan
  2. Menyediakan satu set akaun yang lengkap untuk perniagaan milikan tunggal secara manual dan komputer; akaun penamat untuk perkongsian; kelab dan persatuan serta menghitung nilai pendapatan, aset dan liabiliti dalam keadaan rekod tak lengkap.
  3. Mengaplikasikan prinsip pengurusan tunai dalam menyediakan belanjawan tunai, penyata penyesuaian bank dan buku tunai (jurnal penerimaan dan pembayaran tunai) termasuk tunai runcit sistem panjar (Imprest system)
  4. Membuat perbandingan antara jenis perniagaan dari aspek perakaunan bagi pemilikan  perniagaan milikan tunggal, perkongsian, syarikat dan organisasi bukan perniagaan.
  5. Mengaplikasikan analisis kos-volum untung untuk membuat keputusan
  6. Menilai prestasi kewangan sesebuah perniagaan dengan menggunakan analisis nisbah asas.
  7. Mempamerkan kemahiran berkomunikasi, kerja berkumpulan, pengurusan dan kepimpinan serta etika profesional dalam melaksanakan aktiviti perakaunan.
  8. Mampu menggunakan teknologi maklumat dalam bidang perakaunan.

Sukatan Pelajaran
TOPIK 1 : PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Topik ini menberi pendedahan kepada murid terhadap sejarah perakaunan, simpan kira dan perakaunan, bentuk bentuk organisasi perniagaan, konsep dan prinsip perakaunan yang asas dan kitaran perakaunan
 topik_1.JPG
TOPIK 2 : KLASIFIKASI AKAUN: ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA DAN AKAUN KONTRA
Topik ini memberi pengetahuan kepada murid mengenai pengertian dan pengelasan bagi hasil, belanja, aset, liabiliti , ekuiti pemilik, belanja dan akaun kontra, carta akaun, persamaan perakaunan dan sistem catatan bergu 
t2.0.JPG 
TOPIK  3 DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT
Topik ini memperkenalkan murid terhadap fungsi dan jenis dokumen dalam perniagaan dan aliran dokumen antara pembeli dengan penjual.                                        
 topik_3.JPG
TOPIK 4 : JURNAL SEBAGAI BUKU CATATAN PERTAMA
Topik ini mendedahkan kepada murid mengenai fungsi dan jenis jurnal  
topik_4.JPG 
TOPIK 5 LEJAR
Topik ini memberi pendedahan kepada murid mengenai fungsi dan jenis lejar dan penyediaan akaun kawalan  secara manual dan berkomputer                                              
 t5.JPG
TOPIK 6 : IMBANGAN DUGA
Topik ini memberi pengetahuan kepada murid mengenai fungsi imbangan duga dan hubungan antara Imbangan Duga dan Penyata Kewangan  
t6.JPG
TOPIK 7 : PENYATA KEWANGAN – MILIKAN TUNGGAL      
Topik ini membolehkan murid membuat Pelarasan Akaun, Penutupan Akaun, Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira  
t7.JPG
TOPIK 8 : PERAKAUNAN UNTUK TUNAI 
Topik ini memberi pendedahan kepada murid terhadap kawalan tunai, penyata penyesuaian bank dan belanjawan tunai dan varian
t8.JPG
TOPIK 9 : PERAKAUNAN UNTUK PENGGAJIAN  
Topik ini memberi pendedahan kepada murid terhadap dokumen penggajian, kawalan dalam penggajian, pengiraan gaji dan kesan penggajian ke atas pendapatan
t9.JPG 
TOPIK 10 PERKONGSIAN
Topik ini memberi pendedahan kepada murid mengenai penubuhan perkongsian, ekuiti pemilik dalam perkongsian, akaun penamat, kunci kira-kira dan pembubaran perkongsian 
t10_1.JPG 
TOPIK 11 : SYARIKAT BERHAD (TIDAK TERSENARAI)
Topik ini memberi penerangan kepada  murid mengenai penubuhan syarikat berhad, bentuk modal dan ekuiti pemilik dalam Kunci Kira-kira syarikat     
t11.JPG          
TOPIK 12 : AKAUN KELAB DAN PERSATUAN 
Topik ini menerangkan kepada murid mengenai penubuhan kelab dan persatuan, perbandingan perakaunan kelab dan persatuan dengan perakaunan entiti perniagaan                  
t12_1.JPG
TOPIK 13 : REKOD TAK LENGKAP 
Topik ini memberi pendedahan kepada murid tentang punca rekod tak lengkap, kesan rekod tak lengkap ke atas Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira, penentuan pendapatan dan penentuan aset dan liabiliti dalam Kunci Kira-kira

TOPIK 14 : PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN PENGURUSAN
Topik ini memperkenalkan murid terhadap konsep kos, elemen kos pengeluaran, akaun pengeluaran dan analisis kos volum untung   
t14.JPG
TOPIK 15 MAKLUMAT UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN
Topik ini mendedahan murid kepada maklumat pengurusan, analisis penyata kewangan dan analisis nisbah dan mentafsir nisbah
t15.JPG 
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN
  • Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
  • Politeknik
  • Institut Latihan Perindustrian (ILP)
  • Institut Kemahiran Mara (IKM)
  • Kolej Komuniti


LALUAN KERJAYA 
  • Juruaudit / Penolong Juruaudit / Pembantu Juruaudit
  • Akauntan / Penolong Akauntan / Pembantu Akauntan
  • Pegawai Tadbir Kewangan , Penolong Pegawai Tadbir Kewangan
  • Pembantu Pengurusan
  • Pegawai Pemasaran / Pembantu Pemasaran
  • Usahawan
  sumber

0 comments:

Post a Comment