Tuesday, January 11, 2011

Perakaunan


Accountancy adalah suatu seni komunikasi maklumat kewangan mengenai satu entiti perniagaan kepada pengguna-pengguna sepertipemegang saham dan pengurus.[1] Secara umumnya, komunikasi ini di dalam bentuk penyataan kewangan yang menunjukkan wang menetapkan sumber-summber ekonomi di bawah kawalan pengurusan; seni berkenaan terletak di dalam pemilihan maklumat yang berkaitan dengan pengguna dan ia boleh dipercayai.[2]
Perakaunan merupakan satu cabang Sains matematik yang berguna didalam penemuan sebab musabab kejayaan dan kegagalan di dalamperniagaan.Prinsip-prinsip perakaunan diaplikasi di dalam entiti perniagaan dalam tiga bahagian seni gunaan, dinamakan perakaunan, buku kira-kira, dan pengauditan.[3]
Perakaunan atau prinsip akaun merupakan pengukuran, pendedahan atau peruntukan kepastian mengenai maklumat yang membantu pengurus dan orang lain yang membuat keputusan perniagaan bagi membuat keputusan mengenai peruntukan sumber. Perakaunan kewangan ialah salah satu cabang perakaunan yang asas kerana melibatkan proses-proses yang mana maklumat kewangan mengenai suatu perniagaan direkod, dikelas, dirumus, ditafsir dan dihubungkan. Kerja audit, disiplin yang berkait rapat tetapi berbeza daripada perakaunan, merupakan proses yang mana seorang juruaudit yang bebas (tidak menyebelahi mana-mana pihak) mengkaji penyata kewangan sesebuah pertubuhan agar boleh memberi pandangan - yang memberi jaminan yang boleh diterima akal tetapi bukan secara mutlak - mengenai keadilan dan ketepatan penyata kewangan terhadap prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum (GAAP), sejauh mana yang dianggap mustahak (material).
Pengamal perakaunan dikenali sebagai akauntan. Akauntan yang dilesenkan secara rasmi boleh dikenalpasti melalui gelaran-gelaran sepertiChartered Accountant (di UKNew ZealandKanadaIndiaAustraliaPakistan), Certified Public Accountant (ASHong Kong), Certified Management Accountant (Kanada), Certified General Accountant (Kanada), Certified Practicing Accountant (Australia). Beberapa negaraKomanwel seperti Australia dan Kanada mengiktiraf kedua-dua badan perakaunan berkanun (chartered) atau bersijil (certified). Kebanyakan akauntan "awam" ("public" accountants) di New Zealand dan Kanada adalah akauntan berkanun; namun, Certified General Accountant juga diberi hak oleh undang-undang untuk mempraktikkan perakaunan awam dan kerja audit di semua wilayah Kanada, kecuali Ontario dan Québec, sejak tahun 2005.
Perakaunan bertujuan memastikan ketepatan laporan kewangan yang berguna untuk pengurus, penguatkuasa korporat (regulator), danpemegang kepentingan (stakeholders) yang lain seperti pemegang saham (shareholders), pemiutang (creditors), atau pemilik perniagaan. Penyimpanan rekod harian yang terlibat dalam proses ini involved in this process juga dikenali sebagai bookkeeping.
Sistem catatan bergu (double-entry bookkeeping system) merupakan unsur terpenting bagi perakaunan kewangan moden. Sistem ini melibatkan pemasukan sekurang-kurangnya dua catatan bagi setiap pertukaran yang dibuat dalam aliran perniagaan: satu catatan debit dalam satu akaun, serta satu catatan kredit yang serentak dengan catatan debit itu dalam satu akaun yang lain. Jumlah kesemua catatan debit mestilah senantiasa menyamai jumlah kesemua catatan kredit. Ini memudahkan seseorang untuk menyemak kesilapan dalam akaun. Sistem ini julung kali digunakan di Eropah sewaktu zaman pertengahan, walaupun ada sesetengah pihak mengakui bahawa sistem ini direka di Greece zaman kuno.
Menurut pembangkang amalan perakauanan piawaian, sistem perakaunan amat sedikit perubahannya sejak dahulu. Langkah rombakan perakaunan dalam bentuk-bentuk tertentu telah diambil dalam setiap generasi untuk cuba memastikan amalan penyimpanan buku sentiasa relevan kepada aset modal atau kapasiti pengeluaran. Bagaimanapun, perubahan ini tidak dapat mengubah prinsip-prinsip asas perakaunan, yang sewajarnya tidak bergantung kepada keadaan ekonomi.

0 comments:

Post a Comment